YELLOW



coldplay - yellow. lagu nie pernah jadi "alarm" aku dulu. setiap pagi lagu nie akan berbunyi. maknenye aku terima panggilan dari DIA. dah lame dah xdengar lagu nie berbunyi skrg nie. kadang2 bile terdengar lagu nie, asyik teringat kan dia je. senang cakap lagu nie macam lagu khas untuk dia la.

EGO?
dah lama dah kitorang xbertegur. xtau sebab ape. tiap kali aku tanye benda nie kat kawan2 aku dorang confirm akan ckp "dia perempuan kot, xkan nak tunggu dy tegur kau. kau tegur la dia dulu". xpon dorang akan cakap "kau tu ego sangat, kawan mcm biasa dah la". hmm. bukan aku ego dan aku tak pernah marah atau berdendam dengan dia, tapi xtau la, kenape susah sangat aku nak tegur dia -.-

bile aku terfikir kan ape sebab aku xbertegur dengan dia, aku dapat rase sebab2 nie yang menjadi penghalang aku tegur dy

1) Bahasa kan diri saya/awak
yup. semenjak aku kenal dia memang kitorang bahasa kan diri saya/awak. tapi sekarang nie rase janggal nak gune saya/awak bile nak bertegur dengan dia. sebab kawan2 lain aku bahasa kan diri aku/kau, tp bile ngan dia kene bahasa kan diri saya/awak

2) Xde point untuk berborak
pernah sekali dua aku cuba nak berborak dengan dia, tp hasilnya ........ mungkin sebab xde bende yang kitorang dapat share kan. aku pernah perasan sekali, bile berborak aku akan tanye sepatah dan dia pon akan jawab sepatah. lepas tu, dua2 akan belek fone masing2. pelik, tapi tu la hakikatnye -.-

3) Muka aku yang kurang dengan senyuman
mungkin sebab semenjak aku break up ngan dia muka aku jadi lain kot. tp ade jugak kawan2 yang tegur, muka aku nie masam je susah nak senyum. aku bukan ape, aku memang macam nie, susah nak senyum kot -.- sebab tu la agaknya dia takut nak tegur aku, sebab muka aku masam memanjang

kadang2 aku selalu jeling kat dia, dengan harapan dia akan pandang aku. tapi xpernah sekali pon dy pandang. haha. mungkin sebab dia takut la kot -.- ada jugak la rasa nak tegur dia, tapi agak susah. 1st sebab kitorang jarang bertegur, so mesti aku ngan dia jadi blur. xtau nak berborak ape. 2nd lak susah nak tegur dia sebab dia selalu ngan kawan2 dia. kalau aku g tegur tibe2, confirm semua pelik kan?

xpe la. aku harapkan satu hari nanti kitorang akan bertegur balik macam biase dan berkawan macam biase. bende tu je yang aku harapkan sekarang nie. xsedap la, nama je kawan, tapi xpernah bertegur betul x? :)

2013


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2013. minta maaf sekiranya lambat wish korang2 semua. bukan ape, baru buka dengan sem baru nie, aktiviti penuh dengan menyiapkan assignment je -.-

Tahun 2013, mesti semua dah pasang dengan azam yang baru betul x? bagi yang pasang azam untuk berubah kepada kebaikan. alhamdulillah :) semoga berjaya dengan azam masing2 :D haha. azam tahun baru aku?  aku xpasang ape2 azam tahun nie, aku cuma mengharapkan kenangan2 pahit yang berlaku sepanjang 2012 dapat aku lupakan.

cuma satu je yang sukar aku lupakan. siDIA. ya, memang susah nak lupakan orang yang sering kite jumpa hari2 betul x? memang sesuatu yang amat sukar. kadang2 ade la terase rindu kat siDIA + rase nak text je. susah betul nak bendung perasaan tu. tp aku kuatkan hati sebab kalau text dengan siDIA pon, kitorang ni macam xkenal. text hanya untuk assignment semata-mata. -.- okey la kan. dapat jugak la luahkan rindu. tp tu la, akal fikiran nak lupekan siDIA, tp hati mcm xbenarkan bende tu terjadi -.-

makin kuat aku nak lupekan siDIA, makin kuat perasaan aku nak kembali pada siDIA. ntah la. aku sendiri xfaham dengan perasaan sendiri. harap aku boleh lupekan DIA, sebab DIA pon macam dah lupekan je. hmm. harap2 berjaya la. inshaa Allah :) AMIN :)

12.12.12

assalammualaikum & salam sejahtera :)

12.12.12 tarikh yang sangat unik. tarikh nie jugak ialah tarikh pendaftaran untuk kolej aku. alhamdulillah. result okey. pointer xde cantik mane tp xde subjek yang fail. sangat2 bersyukur. sebab aku expect ada dua subjek aku fail. tp alhamdulillah, semuanya lulus :) tu la akibat kalau banyak sangat main -.- sem nie kene la fokus lebih sikit sebab nak naik kan cgpa. kalau x susah nak sambung degree nnt. sambung degree? haha. insyaAllah. kalau di berikan peluang memang aku akan sambung pelajaran aku :)

tp ade something yang xbest sikit. environment dekat kolej aku mula berubah. dulu okey, sekarang dah rasa janggal sikit. mungkin sebab siDIA kot. kitorang baru break dalam seminggu lepas mcm tu. so bile terserempak dengan DIA aku jadi batu. xtau nak buat ape. patut ke aku tegur DIA mcm biasa or just ignore DIA. rase mcm serba salah pulak kat DIA. :( tp harap DIA faham keadaan aku. aku jadi mcm nie pon bersebab. harap DIA akan faham dengan keadaan aku sekarang nie.