SELIDIK TENTANG TARIKH LAHIR ANDA

Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi.

Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal. Nombor lahir kita tidak menjadi penghalang kepada kita untuk kita menjadi apa yang kita inginkan ianya hanya sekadar mempelbagaikan pilihan yang kita ada.

Contoh:
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)

Keterangan nombor lahir

1. Ketulenan

  • Hadir dengan idea baru.
  • Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
  • Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
  • Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
  • Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
  • Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.
  • Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan,Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach

2. Pendamai

  • Dilahirkan sebagai diplomat.
  • Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain - sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
  • Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
  • Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
  • Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
  • Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg,Thomas Edison, Wolfgang Amadeus Mozart.

3. Ceria

  • Golongan ini merupakan golongan yang idealistik.
  • Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
  • Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
  • Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja
    untuk mencapainya.
  • Mereka sangat popular dan idealistik.
  • Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
  • Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster

4. Konsevatif

  • Golongan ini sangat peka dan tradisional.
  • Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
  • Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
  • Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
  • Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
  • Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
  • Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
  • Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan

5. Perintis

  • Mereka adalah perintis.
  • Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
  • Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
  • Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.
  • Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.

6. Romantik

  • Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
  • Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
  • Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
  • Mereka suka seni musik.
  • Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
  • Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.
  • Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn

7. Intelektual

  • Golongan ini adalah Pencari.
  • Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
  • Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
  • Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
  • Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
  • Mereka sangat suka berahsia.
  • Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar
    untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
  • Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana



8. Penyelesaian

  • Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
  • Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
  • Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
  • Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
  • Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
  • Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.
  • Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison, Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.



9. Pelakon

  • Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
  • Mereka sangat penyayang dan pemurah.
  • Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
  • Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
  • Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
  • Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.
  • Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley



FALSAFAH DUNIA MENGENAI CINTA

-bidalan Mesir-
Sebiji bawang yang diberikan dengan cinta mahalnya ibarat seekor bebiri.
maksudnya : Insan yang bercinta menilai tinggi pemberian kekasihnya walaupun pemberian itu hanyalah satu benda yang murah.
-bidalan Italy-
Sesiapa yang hanya faham sedikit tentang cinta sentiasalah
berkata cinta kepada kekasihnya

maksudnya : Kata orang, cinta itu tidak perlu diucapkan. Ia sedia difahami dari tingkahlaku kekasih, dan tidak semestinya sentiasa mengulangi kata 'aku cinta padamu'.
-bidalan Tunisia-
Bila cinta datang, kesopanan hilang,
maksudnya : Hilang sopan perlu dielakkan. Cinta itu boleh menyebabkan seseorang insan hilang rasa malu, malah boleh melakukan sesuatu yang mengaibkan di khalayak ramai.
-bidalan Perancis-
Insan yang mencintai
dengan tulus akan lambat melupakan cinta.
maksudnya : Insan yang bercinta dengan ikhlas akan setia kepada kekasihnya dan tidak
mudah melupakan kekasihnya begitu saja. Yang tidak ikhlas mudah berubah hati.
-bidalan Arab-
Sesiapa yang ingin dicintai perlulah lebih dahulu mencintai.
maksudnta : Cinta itu timbal balas. Sukarlah bagi seseorang itu dicintai sebelum dia sendiri dapat menunjukkan sesuatu tanda bahawa dia cinta pada kekasihnya.

Pukulan dari yang dicintai adalah sebiji epal.
maksudnya : Orang yang sedang bercinta itu sering memaafkan tanpa perlu kekasihnya meminta maaf. Malah, apa saja yang dilakukan.
-bidalan India-
Bila hati sudah terpaut pada kekasih, siapa peduli kasta apakah dia?
maksudnya : Rasa cinta tidak mengenal taraf atau kedudukan. Anda mungkin jatuh cinta pada sesiapa saja yang menawan hati anda. Tapi bila mahu berkahwin, taraf menjadi pertimbangan.
-bidalan Inggeris-
Kesalahan itu menebal bila cinta tipis
maksudnya : Bila manusia mencintai kekasihnya, apa yang dilihatnya semuanya elok dan betul. Tapi bila cintanya mulai pudar, apa yang dibuat menjadi serba tak kena.

SUMPAH

SUMPAHAN IBU TERHADAP ANAK YANG MEREMPIT!!!


p/s : dari ingin mengelakkan perkara ini berlaku kepada anda. jangan lah merempit.... hahahahahaha

CIKGU........


Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

p/s : cerita diatas x ade kene mengene dengan yg hidop atau yang telah meninggal dunia.
tempat kejadian juge dirahsie kn supaye x akan mengaibkan sekolah terbabit...... harap maklum.. xp