GELAP

Assalammualaikum dan selamat sejahtera :)

tentang warna kulit aku sering di bahan oleh kawan2 serumah. agak teruk jugak la kene bahan ngan budak2 rumah nie. kalau bahan biase xpe. nie ade yang bahan mmg stock makan dalam je -.- iye. aku mmg berkulit gelap. dalam family aku pon aku sorang je yang ganjil disebabkan warna kulit yang berbeza dari adik beradik aku yang lain.

mule-mule dibahan mmg marah la kan? nak same kan aku dengan kaum lain pulak. da lumrah aku dilahirkan mcm nie. nak buat mcm mane kan? tapi lama kelamaan bahan tu da jadi lali kat telinga aku nie.

aku bangga dilahirkan berkulit gelap. ramai yang xtau, warna kulit aku gelap sebab aku ikut gen arwah ayah aku. aku rase bertuah sangat, dalam family aku, aku sorang je yang betul2 ikut gen arwah ayah. dan kami seiras. bile balik kampung belah ayah, sume akan panggil aku yob. itu lah panggilan arwah ayah kat kampung.

aku xkesah dengan kulit aku skunk nie. yang penting aku selesa dengan keadaan diri aku dan aku bersyukur dilahirkan sempurna tubuh badan :)


p/s : al-fatihah buat arwah ayah yang kembali pada pencipta-Nya. da 18 tahun ayah pergi meninggal kan emak dan adik beradik semua. AL-FATIHAH

TERSENTUH

Assalammualaikum dan selamat sejahtera :)

dah 5 semester dah aku sambung belajar dalam diploma nie. tp baru aku perasan satu post dalam blog kakak aku khas untuk aku
(tekan sini). tersentuh hati bile bace post yang ditujukan betul2 untuk aku. terima kasih akak :D


p/s : mintak maaf la kat akak, sebab orang baru je bace post awak tu. -.-

RAMADHAN

Assalammualaikum dan selamat sejahtera :)

1 Ramadhan 1433 bersamaan dengan 21 Julai 2012 tarikh bermulanya semua umat islam di Malaysia mula menjalani ibadat puasa.

sekali lagi aku menjalani ibadah puasa dalam keadaan berjauhan dengan keluarga. kali nie da masuk 3 kali da aku berpuasa berjauhan dengan keluarga. tp alhamdulillah, first day puasa tahun nie aku dapat berbuka dengan family walaupun xsemua yang ade :)

bulan puasa kali ini memang mencabar bagi aku. baru start hari ke 3 puasa aku da dapat dugaan da. akibat memakan makanan yang dah basi, aku terkena keracunan makanan. x cukup dengan itu, hari seterusnya pulak aku jatuh demam. mmg betul2 menguji iman betul. -.-

Belajar

Assalammualaikum dan selamat sejahtera :)

x sangka betul. pejam celik, pejam celik dah 2 tahun setengah aku berada di kuantan bagi melanjutkan pelajaran aku. alhamdulillah, aku masih lagi meneruskan perjuangan untuk mendapatkan segulung diploma walaupun ramai dari kawan-kawan aku yang gugur di tengah jalan.

wah, memang xsangka betul, rase macam baru semalam aku mendaftar untuk semester satu. kejap je da masuk semester 5. :)