Gangguan Bekalan Air Di Kuantan Kritikal, Orang Ramai Kecewa Dengan Jawapan JBA Pahang Serta Banyak Aktiviti Ekonomi Lumpuh Sejak Semalam !

[Siasatan pihak kami mendapati gangguan bekalan air yang melanda bandar Kuantan berpunca akibat kecuaian pemandu "Backhoe" sebuah syarikat kontraktor yang sedang melebarkan jalan ke Sungai Lembing. Akibat kecuaian itu, batang paip besar telah pecah dan ini menyebabkan masalah air melanda. Lantaran itulah tiada notis dihantar kepada orang ramai sebenarnya. Kerja-kerja pembetulan masih dilakukan dan kemungkinan besar memerlukan masa yang agak lama untuk dipulihkan. Tinjauan kami semalam mendapati banyak restoran ditutup akibat masalah air. Begitu juga dengan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan. Jika ia berlaku di kawasan luar bandar, mungkin tidak menjadi masalah yang besar sangat. Namun, bila ia berlaku di kawasan yang menempatkan pusat pentadbiranKerajaan Negeri itu sendiri maka kekecohan berlaku di sana sini. Ia bukan sahaja menyulitkan urusan seharian, malah turut membantutkan berbagai acara majlis keramaian. Semoga pihak JBA Pahang dapat menyegerakan kerja-kerja berkaitan dan rakyat diminta bersabar atas apa yang berlaku. Kami masih menunggu jawapan terkini].
p/s : petikan ini diambil dari pahangdaily.blogspot.com