ADAKAH AKU TAKUT BERCINTA LAGI?

Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua blogger :)
agak lame jugak la aku x update blog kesayangan aku nie..
sebab sekarang aku bz ngan final projek & bende2 yang berkaitan..

post untuk kali nie agak jiwang sikit.. hahaha.. sorry.. seorang lelaki juga mempunyai hati dan perasaan so xsalah rase nye aku luahkan sikit perasaan nie :p



TAHUN 2008
semua nie bermula bila ak bercinta cintun dengan DIA.. mungkin ade sesetengah yang bertanye, siapa DIA tu? kalo rajin bukak la older post k sebab aku pernah bercerita pasal siDIA.. aku mula menjalinkan hubungan dengan DIA.. mula2 mungkin ak rase cinta tu cinta monyet je, tapi makin lama aku mengenali DIA, perasaan aku bertambah sayang pada DIA..

TAHUN 2010
hubungan kami baik sehingga la aku tamat zaman persekolahan dan menyambung pelajaran ke salah sebuah kolej swasta.. selepas aku menyambungkan pelajaran aku, hubungan aku dan DIA semakin renggang.. mungkin atas sebab tidak percaya antara satu sama lain atau mungkin juga kerana faktor jarak yang berjauhan dan mungkin kerana kesibukan aku belajar.. ketika sedang menuntut di kolej tersebut, aku tidak pernah curang walaupon sekali dengan DIA sebab ak sayang sangat dengan DIA dan ingin meneruskan hubungan selama mana yang mungkin.. dalam kesibukan aku menuntut ilmu muncul pula orang ke-3 dan berjaya memikat hati DIA.. mungkin kerana pihak ke-3 ini selalu berada di sisi DIA dan membuat DIA tertarik dengannya.. kerana terlalu sayangkan DIA, aku xsanggup lepaskan DIA dengan begitu saja.. aku pujuk rayu pada DIA untuk menerima aku kembali dan Alhamdulillah hubungan kami kembali pulih..

TAHUN 2011
Selepas 4 bulan kami berbaik kembali, DIA meminta break dengan alasan DIA nak focus pada pelajaran kerana tahun ini DIA akan menghadapi peperiksaan SPM.. tapi perasaan aku xsedap sebab sebulan or 2 bulan sebelum DIA minta break, dy selalu bercerita pasal adik angkat DIA.. ak berat untuk melepaskan DIA sehingga DIA berkata "kalau awak betol2 sayang orang, tolong la lepaskan orang".. berat juga hati nak lepaskan DIA tapi sebabkan alasan DIA nak belajar aku pon lepaskan la DIA.. tak sampai 2 bulan lepas tu DIA mengaku yang DIA tengah couple ngan adik angkat DIA.. mula-mula agak panas aku dengar, tapi nak wat camne? DIA bukan milik aku lagi da.. so DIA berhak buat ape yang DIA nak..



tapi aku terkilan sebab DIA sanggup buat aku camtu.. aku sayangkan DIA setengah mati sampai aku sanggup korban kan macam2 untuk DIA tapi ini balasan yang aku dapat.. bukan nak berkira ke ape cume aku xsangka bende camnie boleh jadi... hmmm.. aku cume mengharapkan DIA setia kat aku sama macam aku setia kat DIA, tapi lain pulak jadinya.. -.-

tak tau la sama ada semua nie berpunca dari aku atau sebaliknya.. sekarang nie da masok 6 bulan kami putus, mula2 agak susah aku nak melupakan DIA sampai kene maki dengan kawan baik aku sendiri baru lah aku sedar.. alhamdulillah aku berjaya melupakan DIA tapi tak sepenuhnya.. camne lak lupekan DIA sepenuhnya sebab DIA la perempuan pertama yang berjaya memikat hati aku dan aku terlampau sayangkan DIA..

walaupon aku da break ngan DIA tapi kitorang masih lagi rapat.. tapi takde la betol2 rapat, just kadang2 tu mesej tanye khabar je.. tapi DIA da buat aku tutup pintu hati aku untuk perempuan lain, takde perempuan yang berjaya menambat hati aku selain DIA..

mungkin kerana itukah yang membuat aku tak ingin bercinta dah, atau takot hati nie dipermainkan lagi? aku sendiri pon tak leh jawab soalan tu.. mungkin aku menunggu perempuan yang berjaya membuka pintu hati aku kembali seperti DIA lakukan dulu.. MUNGKIN KOT :p


p/s : lah entry hari nie panjang lebar.. saje je buat entry nie sebab xleh tido.. skunk nie ak kerap tido lambat & tido sekejap je.. -.-

No comments:

Post a Comment